Search This Blog

Pulau Perhentian, Tq for the memories ;)

Tuesday, 19 May 2015

Hai semua :)))))

Mood tengah sunburn lagi ni baru balik from Pulau Perhentian.


Date: 15 May - 18 May 2015
Location: Pulau Perhentian
Dengan: Syaza, Ain, Nina

Naik bas from TBS to Kuala Besut, nasib baik dia berhenti betul betul depam jeti.
Balik KL naik flight from Aiport Kota Bharu- harga tiket RM31
Ambil masa sejam perjalanan naik teksi tambang RM70 sehala (satu teksi pepandai lah tong tong).

Dah lama sangat teringin nak pergi Pulau Perhentian ni sebab dgr cerita orang tempat ni memang cantik sesangat kan.
Berangan daripada zaman belajar dulu lagi nak datang sini.
Last-last bila dah start kerja baru boleh plan leklok.
Start plan betul2 on January 2015.
Memasing busy survey pakej, tips and agak2 bajet untuk kesana.
On March booking segala mak nenek pakej, tiket bas and tiket flight :)


PENGINAPAN
Mohsin Chalet, Long Beach, Pulau Perhentian.
RM390 per person for full board pakej - fan chalet, F&B, boat transfer, snorkeling trip :)
Harga dia turun naik ikut musim, ikot korang lah nak yang mana.
Search je dekat Instagram or Facebook - MOHSIN CHALET
















Kiteorang serius happy sangat stay sini sebab orangnya semua baik, friendly, caring and yang syoknya makanan kat sini sedap2.
Puas giler makan BBQ, sampai tak habis sebab kenyang sangat.
Tu pun sibuk dorang paksa suruh tambah lagi.
Bfast sedap, Lunch sedap, Dinner sedap.
Semua puas hati lah.
Walaupun bilik basic je tapi semua ok, toilet pun ok :)
And yes di ingatkan dekat Perhentian ni siang hari memang takde elektrik, so siapa yg selesa tu pergi lah cari hotel/resort mewah yang ade bekalan elektrik setiap masa.



JUNGLE TREKKING TO KINCIR ANGIN/WINDMILL

Akey dah lama sangat simpan niat dalam hati nak pergi sini.
Walau macam mana pun nak jugak naik sampai atas.
So masa lunch hari 1st day tu tanya la staff dekat Mohsin Chalet tu,
macam mana nak naik atas sana.
And dia kata tak selamat kalau group perempuan je naik, memandangkan time kiteorng je group perempuan yg baru sampai.
So dia suggestkan kiteorang naik skali dengan group lelaki so at least ade teman sebab before ni memang ade jadi something dekat group perempuan yang naik dekat atas tu.
Haaaaa so ingat, vacation vacation jugak, tapi safety jangan lupa.
So kiteorang set time and naiklah ke laluan kincir angin tu dengan group lelaki tu seramai 6 orang.
Total jadilah 10 org.
Dalam 30 minit jugak lah laluan hutan, tapi ok je sebab dok teringat pasal pemandangan yang cantik tu kan...













SNORKELING TRIP
Taman Laut Pulau Perhentian
Shark Point
Turtle Point
Kampung Nelayan
Coral Beach
Windmill Beach

Sangat teruja sebab air jernih and ikan banyak.
Cuma takde luck nak tgk Shark je.
Member Akey nampak, Akey tak sempat, laju sangat.
Tapi turtle kami nampak. Hehe

Kami semua naik bot kayu sebab ramai.
Ade 4 group masa tu.
Group A- 12 org
Group B- 6 org
Group C- 4 org
Group D- 3 org

So sebabkan ramai, maka kami semua naik bot kayu yang besar tu, seronok sebab dapat merasa speed boat, sampan and bot kayu.

Masa dekat Coral Beach and Windmill Beach, memasing nak test power terjun from bot and terjun from platform jeti dekat Kincir Angin tu.

Nasib tak sakit tekak je menjerit time snorkeling tu.
Meriah giler lelagi time dekat Kincir Angin tu.
























Abang Bot and Staff yang jaga kiteorang atas bot tu pun rajin snap gambar and record video kiteorang, ade go pro plak.
Seronok lah dorang. Haha.


FIRE SHOW/BEACH PARTY
Dengar cite memalam dekat sini meriah dengan fire show so dalam pukul 10 gitu kiteorang lepak tepi pantai tengok fire show.
Akey naik awal sikit sebab ade kawan yang penat and ngantuk so memang tak tahu sangat lah pasal beach party tu.
Tapi dengarnya ramai jugak yang mabuk malam tu.
Haishhhhh iman kena kuat dekat sini...
Haaa and make sure jaga keselamatan korang, risau jugak lah kot kena kacau ke ape kan.
So far kiteorang okay, takde kena kacau sebab duduk tgk fire show je pun :)






NEW FRIENDS 
Daripada 1st kiteorang sampai, patutnya kiteorng boleh naik bot paling awal ke Pulau Perhentian, tapi disebabkan kena tunggu dorang ni, kiteorang kena naik bot lambat.
Dalam hati aku dah mencarut dah sape lah 6 jahanam yang Abe Mat suruh tunggu ni.
Dah la masa dalam bot tak bertegur pun, mereka pemalu agaknya, tak pun memang bukan jenis melayan dengan perempuan. Hahahahahaha.
Like seriously daripada trip 4 orang jadi 10 orang.
Bila dah kenal, riuh!
Dah macam lama kenal la plak haha.
Thank you guys sebab sudi temankan kiteorang naik ke Kincir Angin tu.
You guys did great job utk motivated Nina untuk jangan putus asa keep on going naik sampai atas.
And time snorkeling pun sesama, siap memasing jadi cheerleader masa sesiapa yang nak terjun masuk laut.






Sangat berpuas hati dengan vacation kali ni sebab semua berjalan dengan lancar alhamdulillah :)








Till next vacation, bubye :)