Search This Blog

treat ;)

Friday 18 May 2012



Oleh kerana bulan ini tiada byk komitmen utk dibayar,
so saya buat keputusan utk belanja family saya makan besar.
Tapi last minute Dini and Aiman tak dapat ikut.
Amirul pulak dekat Melaka.
So, Papa, Mama, Me, and Arash ;)




Somtam kegemaran Mama ;)


Tomyam Bangkok Bersusu ;)




Mama Papa sgt suka dgn lauk pauk ini.
and mereka puas hati sgt2 sebab dapat 
merasa anak dara sulung mereka belanja ;)





Like a boss. Haha ;)


Bukan ape, sepanjang praktikal akey stay rumah parents.
dengan duduk secara free nya 
takde bayar sewa rumah bagai
so agak terjimat lah jugak duit tue kan.
so bila fikir balik,
ape salahnya belanja family mcm gini :)


Dapat jugak kita melatih diri untuk 
jadi pemurah dgn parents.
Lagi-lagi time dah kerja,
jangan liat menghulurkan ;)


Suri ;)

Sunday 13 May 2012



Mama pergi Langkawi.
selama 4 hari.
dari jumaat sampai isnin.



And akey?
Kena ganti tempat mama buat sementara waktu.


  • Masak
  • Kemas
  • Jemur Kain
  • Lipat Kain yg bergunung
  • Bagi makan hamster
  • Bagi makan kucing and mandikan dia
  • Sediakan pakaian papa and adik2 utk pergi kerja and sekolah

Hari nie hari isnin.
and akey lulus cemerlang!
Dah biasa macam nie sebab
 kadang-kadang papa mama balik kampung,
kami adik-beradik tak ikut pun.
so dah biasa sgt.

Pada akey buat kerja rumah mcm suri rumah nie,
bagaikan satu terapi tau.
berseni kot semua tue.
and kena byk fikir.
hehe ;)


Nak masak kena fikir nak masak ape.
nak kena tanya pendapat adik-adik jugak sbb ragam kan.
Bukan senang nak cari baju and seluar yg match utk papa g kerja.
Takut kucing, main sembur je kucing dlm sangkar dia,
then letak dpn kipas, keringkan badan. haha
Jemur kain pun kena seni tau
tak boleh main jemur gitu je.
kang nampak sgt anak dara pemalas.
kena pandai jimat space.


So, jgn pandang rendah kepada suri rumah.


Mama jgn terkejut balik rumah nanti,
rumah jadi kemas yg teramat ;)



korban?

Friday 11 May 2012


Bila dah habis diploma, 
mula lah busy mencari tempat nak sambung degree pulak kan.
Kemain tau akey buat survey, cari tempat bagai.
akey ada mintak UPU. tapi separuh jalan.
ada sebab kenapa akey mohon kolej swasta.
akey buat survey kolej yang ada bagi loan Mara je.


  • Bila fikirkan loan ptptn, akey reject IPTA. tak de kaitan dgn bersih ke ape nie. cuma nie pandangan keluarga. adik akey loan ptptn, and kalau ditolak tambah, dalam rm200 per month la kan. takkan pernah cukup duit tue. papa akey kena spend dalam rm500 untuk dia seorang. asal takde duit je, call papa suruh bank in kan duit. Akey pula selama diploma, akey loan Mara. every month dapat rm630 utk sara diri. duit tu lah duit belanja kita. so mmg akey takde nak mintak dgn papa mama dah duit belanja ke ape kecuali time Mara masuk lambat je.

  • Mama Papa tak galakkan akey apply tempat jauh2. means luar dari KL pun dorang mcm berat hati. sbbnya akey nie lemah sgt anti-body. akey selalu sgt sakit. senang sakit. Tiada restu dari parents, terus berat hati nak apply.

  • Kewangan keluarga. orang lain boleh lah cakap, tugas parents kan memang utk bagi duit belanja, tanggung anak belajar. yes, but still, sanggup ke tengok parents awak gadai itu ini, gadai rantai gadai gelang hanya sebab nak bagi duit belanja, bayar itu ini utk awak? sanggup? 

  • Loan Mara mahal wey. banyak nak kena bayar. I know well. But if result okey, boleh buat pengurangan. And akey fikir untuk masa sekarang, sebab akey tak nak susahkan parents akey sekarang. bayar loan nanti, sah2 lah akey yg bayar sendiri. jgn nak mintak dgn parents lah.

  • Next year, Akey, Amirul and Aiman akan serentak masuk belajar IPT. mcm mana parents nak tanggung pun akey tak dapat nak bayangkan. Akey suruh Aiman apply tempat yg ada Mara. sbb tak nak jadi kes mcm Amirul. Miskin, asyik mintak duit belanja dgn papa. itulah yang selalu kami bahan dia ;) 

  • Lastly, Akey pesan awal-awal dekat kwn2 akey, akey memang tak boleh stay rumah sewa utk degree. selagi akey tak dapat Mara. sebab akey tak nak biarkan parents akey bayar duit sewa rumah utk akey. nak bayarkan sewa rumah Amirul lagi dekat melaka sana. sorry guys. Lepas je dapat loan Mara, akey ready stay rumah sewa. memang kena berkorban sikitlah ulang-alik dari rumah. BTS je pun!!! hehe ;)

Siapa je takde keinginan nak sambung belajar dekat U, kampus besar2 gitu kan.
Tapi,,,inilah sebabnya,,,




p/s; Akey anak sulung, kalau bukan akey, siapa lagi nak berkorban? 

kelahiran ;)

Thursday 10 May 2012


ini adik saya.
adik saya perempuan satu-satunya.
bosan jugak kalau dia tiada di rumah.
tiada orang nak bertanya itu ini.
jarak umur 8 tahun,
mungkin yang membuatkan kami selalu bertekak.
tapi marah-marah aku pun,
siapa tak sayang adik kan.
cuma as kakak sulung,
hati nie agak ego sikit. 
macam tak biasa ;)


dulu ingat lagi masa mama pregnantkan dia.
aku kemain lagi nak sangat adik girl
1st doktor scan, it's a boy.
mula muram hati ini.
last-last masa lahir, girl!
Ingat lagi time tue baru balik dari sekolah
Tok Ayah bagitau,
Mama hadiahkan kak long adik girl ;)



Happy Birthday yang ke 13 tahun
Nur Dini Shakirin Binti Suhaimi.
wish kak long adalah benda yang hari-hari kak long dok bebelkan ;)


tengoklah lesung pipit dia tue,
kalah aku ;)


duit tengah tak ada nak belikan hadiah
agak sedih jugak terasa
bila kemas-kemas almari baju
banyak baju yang dah tak muat
yang paling sayang pun ada
sebagai hadiah sementara
diberi baju-baju tersebut dahulu ye sebagai hadiah.
Insyaallah ada duit nanti kak long belikan skirt yg dini nak ;)

Can I ?

Monday 7 May 2012



Papa Mama, Can I have this for my convocation day?




Wiwi, can we have this for our 1st year anniversary?


Tapi my Wiwi bukan penggemar cake.
so reject.
Takkan nak syok sendiri makan sorang-sorang pulak.