Search This Blog

Tips berjaya

Monday 24 November 2014

Hahahaha tajuk nak gempak je kan.
Setakat ni takde lah berjaya mane tapi aku bangga lah dengan setakat ape yang aku dapat sepanjang 23 tahun ni.
Sebab atas usaha diri sendiri and sokongan family and kengkawan.

Maksud aku kat gambar insta haritu bermaksud aku bukan jenis student yg maintain dean list every sem, aku time final ni je grad dgn 1st class then tak disangka dapat paling tinggi untuk course aku and direwardkan dengan Anugerah Perak.
So aku terima dengan hati yang terbuka, itu saje.
Bukan aku nak nganjing budak dean list lerrrrr...


Dulu zaman kecik tadika sampailah sekolah rendah, ade lah jugak beberapa kali membanggakan mak ayah aku.
Start sekolah menengah je hancus. PMR, SPM, Diploma.
Sangat banyak main. Sangat ambik mudah. Banyak sgt main cinta. LOL
Masa dapat final result dip dulu serius aku frust sangat. Rasa macam bengang sebab kenapa aku main-main sangat segala bende ni.
So dah nekad degree ni memang aku nak grad dengan cemerlang.
Aku nak buktikan yang aku pun boleh walau aku tak sepandai orang lain.




Jaga hubungan dengan Allah
Aku ni tergolong yang liat jugak lah nak solat, umur2 cenggini plak. Kadang ade gak terlepas or terlambat. Tapi papehal pun diri sendiri kena sedar, rezeki semua terletak dekat Dia. Kau kena lawan hasutan syaiton tu semua. Time solat kena kusyuk and mintak sungguh2 dengan dia. Sebab kalau kau usaha je memang takkan cukup. Time doa tu xyah nak selfish sgt, doa sekali utk family, lecturer, kengkawan....

Jaga hubungan dengan mak ayah
Aku dah buat keputusan yang sangat besar dengan pindah stay rumah family sepanjang degree, aku dah malas menyewa, banyak masalah. So aku decide nak jimat duit and stay rumah family je. Toksah pikir banyak. Tapi sebenarnya banyak tau kena fikir. Kau kena pandai arrange masa kau. Lagi2 kalau perempuan. Takkan dok umah tanak tolong langsung mak kemas rumah kan? Masak serba sikit kompem kena. Ade jugak lah tergelincir gaduh manja dengan mak ayah aku sebab kekadang dorang tak faham.


Aku kalau dah settle kerja memang aku memerap dalam bilik je buat assignment. Nak pulak degree ni ya ampun banyak sgt assignmentnya. Kadang ade tetamu dtg from kampung berhari-hari berminggu-minggu, memang aku buat muka tak malu jela sebab mmg takde masa nak tlg kemas rumah ke masak ke beramah mesra ke. So, papehal pun kau kena bincang and kasi paham mak ayah kau lelagi kalau kau stay dengan dorang. Environment bilik aku pulak memang sgt selesa utk aku buat kerja that's why aku suka memerap dlm bilik hehe. If ade gaduh manja tu nanti jgn lupe minta maaf, tak berkat belajar nanti kalau buat parents kecik hati.

Arrange masa
Memang keutamaan aku siapkan kerja. Aku tak suka tangguh kerja sejak degree ni. So yes, masa memang sangat penting untuk kau arrange. Kena plak aku ni jenis kalau aku stress, aku akan buat kerja. Sambil tgk movie. At least dgr suara movie tu terpasang, haaa gitu style aku. Jgn tiru sebab semua org lain lain cara dia hehe. Aku takleh dgr lagu sebab nanti aku takleh fokus. Kadang tu aku suka stay kat kolej lepas kelas and siapkan assignment memandangkan aku stay rumah parents so susah ade masa nak lepak dengan member.

Aku suka ikut kesesuaian masa tu. And aku suka buat assignment awal, and ikut dateline. Means bila dapat selambak assignment tu aku akan buat ikut yg mane kena hantar dulu. So aku buat 1 by 1. Tapi awal, sebab kau xyah nak acah power last minute besok nak hantar malam ni kau baru buat then kau susahkan orang dengan tanya memacam. Haaaaa!
Aku suka buat awal sebab pape yang aku tak faham aku boleh direct tanya lecturer. So aku akan dpt extra info daripada dorang yg tak sempat tanya lecturer. Kan kan...hehe.

Jaga hubungan dengan lecturer
Aku suka whatsapp dengan lecturer, tanya pasal assignment, or pape info yang aku tak sure. Korang maybe takkan perasan pasal ni, tapi ade baiknya tau kau buat baik dengan lecturer. Lelagi aku suka start assignment awal, so aku suka tanya lecturer. And dorang pun suka melayan sebenarnya. Sebab nak cari ilmu kan. And kau akan nampak beza dalam pemarkahan bila kau diingati lecturer. Macam aku, ade gak lecturer aku yang kureng, tapi aku buat all out untuk subjek dia and at last dia perasan aku, and dia ingat aku. Bila lecturer dah start ingat kau, insyaallah kau akan okey :) Kalau jumpe memane lecturer tu bagi salam or mintak maaf and suruh dia doakan kau, sebab semua tu berkat. Mintak dengan ikhlas.





Jaga hubungan dengan kawan-kawan
Aku taktahu lah sangat pasal ni tapi bab assignment aku memang tegas tak kisah lah bff ke rapat ke ape ke, assignment tetap assignment lelagi kalau group assignment. Aku akan perhati ape yang kawan tu power or mampu buat, so aku akan bagi bahagian tu kat dia, ade jugak kadang kiteorng buat sistem undi, nak kasi adil kan dapat kerja sama rata banyak. Tengok keadaan lah. Kalau aku rasa aku boleh buat part tu dgn baik, aku akan tawarkan diri. Pada aku, aku takde dengki pun kalau dia buat sikit aku buat banyak, sebab most of the time mmg aku yg tawarkan diri nak buat lebih. Aku susah sikit nak lepas tangan bab group assignment ni. Kena teliti bebetul time nak check part memasing tu. Ade gak lah yang aku suruh tambah ke tolak ke maap ye Syaza Shaz Kecik. Hehe. Korang terbaikkkkk!

Dengan classmate or kwn2 lain plak biasa lah kadang ade gak tetibe last minute tanya pasal itu ini padahal time tu kite dah relax dah nak tido. Dalam marah tu aku fikir gak takpelah maybe time ni dorang susah mane tau nanti aku plak susah ye dok? So aku tlg dgn rela hatinya sebab aku tanak jadi org kedekut ilmu. And aku suka tanya org yang bijak pandai macam Ain Samraa and Ezra. Dorang power weyyyy, laju je faham bende. Aku ni pesen slow sikit.

Nawaitu kena betul
Kau nak berjaya sebab ape? Itu penting.
Macam aku, aku set nak berjaya untuk family aku, diri sendiri and masa depan aku.
Sebabnya aku nak runtuhkan segala syarat yang memungkinkan aku untuk dipanggil interview, so thats why aku nak sgt grad 1st class. Plus aku mantapkan communication and soft skills aku.

Mama aku nak sangat tengok aku dapat anugerah time degree so aku ambik berat sangat ape yang dia nak tu and at last maybe berkat doa mama aku berjaya dapatkan. Bila kite fokus and tetapkan nawaitu kite tu, insyaalah boleh punya.

And plus ade sorang mamat kesayangan aku ni, dia pernah cakap kat aku kalau sambung degree tapi grad pointer biasa je baik xyah, dengan takde skill bagai. So aku buktikan dekat dia yang FYP aku buat sendiri atas tunjuk ajar classmate aku, belajar bebetul buat assignment cun cun. And dalam cabar-cabar dia tu, dia jugaklah yang rajin teman aku buat assignment. Dia main game aku buat assignment. Lelagi time musim fyp, selagi aku tak tido mmg dia takkan tido sebab dia tau aku penakut nak stay up memalam buat kerja. So dia temanlah walaupun jauh nun di Keramat sana. Teman melalui hp je pon. Haha. Sebenarnya boleh je berjaya kalau ade pakwe and bercinta pun, tapi kau kena jadi matang dulu. Macam pakwe aku dia mmg takkan kacau kalau aku kata aku nak buat kerja ke and dah pesan siap2 jgn jeles kalau aku lepak dgn dak2 laki kat mcd sebab tu semua hanya utk fyp. Sebab dia tahu aku bukan jenis suka melepak sesuka hati dengan lelaki, tak kuasa aku. And kiteorng memang elakkan gaduh time aku tengah busy ke nak exam ke. Sebab tanak ganggu emosi, sangat elakkan. And ade gak masanya aku malas or penat nak buat kerja, dia dengan setepeknya sound aku kalau malas xyah belajar dah g benti belajar. Haaaaa nasib pakwe mulut pedas hahaha!

TQ bebanyak jugak utk Shaz sebab time final year aku g kolej tumpang dia hari-hari sebab dia pun dah stay rumah parents dia. Thanks sesangat Shaz even Akey ade tong-tong minyak tu pun rasa mcm still tak cukup dengan keringat Shaz drive jejauh from Klang sana. Wanita gagah serius Shaz ni even size body kecik molek je. Hehe.



Kami dah grad!!!!


p/s: Aku tahu ade yang tak puas hati, tapi kisah ape aku, rezeki memasing ye. Jangan nak lawan takdir sangat.

Perihal anugerah

Sunday 16 November 2014

Anugerah Perak tu untuk graduan yang dapat 3.5 ke atas or AVG 70 ke atas
and terbaik untuk course tu. Kira macam best student untuk course tu lah haaa gitu bahasa senang dia.


I didn't expect pun sebenarnya akan dapat sebab aku memang push all the limits untuk dapat grad dengan 1st class, yelah sape tanak kan?
Yang pasal anugerah tu ade la terselit dalam doa aku, kalau diizinkan Allah,
nak lah jugak merasa, kalau takde rezeki takpe sebab course aku ramai lagi yang pandai.

Hmmm...
Banyak sangat dugaan sebenarnya untuk Anugerah Perak tu.
Ohhh btw aku diberitahu oleh koordinator program aku, yang aku bakal terima Anugerah Perak untuk konvo nanti.
So dah memang excited la kan cite dia.
Tapi surat tak sampai-sampai pun lagi.

Bila aku call kolej untuk confirmkan, urusetia konvo tu macam tak caya aku dapat sebab nama aku takde dalam list. Dia asyik tanya banyak kali and tetibe aku dengar dia tergelak gelak dgn kawan sekeliling dia sebab nama aku takde pun tapi aku sibuk tanya pasal anugerah.


Helloooooooo!
Ingat aku takde kerja ke tetibe nak call tanya pasal anugerah kalau aku tahu aku memang tak dapat?
Lolssssss!
Then terus ngadu kat koordinator and rupanya bile dia check balik, urusetia konvo tersilap.
Dorang hantar surat to classmate aku, which is AVG kiteorng dekat2 je so dorang terlepas pandang.
Tanak kacau pulak emosi kalau gitu kan?
Tak memasal kena tarik balik surat dkt kawan aku tu and buat untuk aku.
Kesian kawan aku.

Then after settle, 1 week before konvo ade staff call Papa, dorang say sorry untuk kesilapan tu and dorang emel surat kat aku, plus pos skali. K tang tu dah lega dah bila emel dah sampai.


On the day untuk konvo, ade lagi hal pelik yang jadi.
Ya Allah teruk sangat aku diduga kali ni.
Konvo KPTM dah tukar sistem.
Means yg anugerah khas and plg special je yg akan naik pentas.
Penerima Anugerah Perak and Presiden kena ambik kat tepi hall lepas turun dari pentas.


Haaa pin kaler silver tu lah yang melambangkan sesape yang ade terima anugerah. 
Time ni mood aku jadi tak betul sebab tetibe time aku nak g ambik kat tepi pentas, 
anugerah aku tu takde, padahal nama memang ade dalam list. 
Taknak sedih pulak aku sebab memula ckp takde then ade then tetibe takde plak. 

Boleh dorang kate meh no fon nanti kiteorng contact you, you collect dekat kolej nanti kemudian k. 
Balik je kat seat memang menitik air mata aku, nasib takde sape perasan.
Yelah sape tak sedih kan kena main perasaan gini. 
Sambil menitik air mata aku whatsapp parents aku. 
Then aku ngadu kat koordinator program aku. 
Then dia uruskan. 
Serius moody sgt aku time tu orang yang dekat dengan aku, 
mesti perasan sebab aku selalunya happy je tapi tetibe muka serius and masam. 




Last- last, dah nak habis majlis masa tu, urusetia call, katenya anugerah tu ade.
Dorang tak jumpe cari tadi. 
Lols. 
Dengan tak say sorry nya. 

Takpe aku sabar je and senyum je balik. 
Grab the anugerah, 
Then Akey is back!
Hahahahhahahahahhaha. 



Pre-convo


Hai, lama sangat dah tinggal blog ni.
Tak tahu lah kenapa tetibe terbukak hati nak main blog balik. 
Maybe sebab minat kot cuma nya stop sekejap sebab busy fyp for degree. 

So ni nak tayang sikit gambar pre-convo haritu. 
Mulanya plan nak ambik official photographer, tapi last2 tak jadi sebab banyak halangan. 
So decide shoot guna Oppo and Ipong je. Hehe


Location: 
Cruise Putrajaya
Taman Saujana Hijau
Astaka Morroco



Hari Khamis dapat jubah and hari tu jugaklah aku pergi shoot sebab besoknya Syaza takde. 
So layankan dia. Hehe. 


Ain, Syaza, Adir and Me. 


Akey and Syaz



Jita, Nabila, Fyza, Akey, Sue and Syaz. 





Malas nak edit2 gambar, semua fresh punya from Oppo. Hehe


Time ni aku baru nak start demam, dengan cuaca kejap hujan kejap panas, naik berpusing kepala.
And terasa lelah lemah. 
So tak mampu nak berlama sangat. 



Till then, next post :)