Search This Blog

Tips berjaya

Monday 24 November 2014

Hahahaha tajuk nak gempak je kan.
Setakat ni takde lah berjaya mane tapi aku bangga lah dengan setakat ape yang aku dapat sepanjang 23 tahun ni.
Sebab atas usaha diri sendiri and sokongan family and kengkawan.

Maksud aku kat gambar insta haritu bermaksud aku bukan jenis student yg maintain dean list every sem, aku time final ni je grad dgn 1st class then tak disangka dapat paling tinggi untuk course aku and direwardkan dengan Anugerah Perak.
So aku terima dengan hati yang terbuka, itu saje.
Bukan aku nak nganjing budak dean list lerrrrr...


Dulu zaman kecik tadika sampailah sekolah rendah, ade lah jugak beberapa kali membanggakan mak ayah aku.
Start sekolah menengah je hancus. PMR, SPM, Diploma.
Sangat banyak main. Sangat ambik mudah. Banyak sgt main cinta. LOL
Masa dapat final result dip dulu serius aku frust sangat. Rasa macam bengang sebab kenapa aku main-main sangat segala bende ni.
So dah nekad degree ni memang aku nak grad dengan cemerlang.
Aku nak buktikan yang aku pun boleh walau aku tak sepandai orang lain.




Jaga hubungan dengan Allah
Aku ni tergolong yang liat jugak lah nak solat, umur2 cenggini plak. Kadang ade gak terlepas or terlambat. Tapi papehal pun diri sendiri kena sedar, rezeki semua terletak dekat Dia. Kau kena lawan hasutan syaiton tu semua. Time solat kena kusyuk and mintak sungguh2 dengan dia. Sebab kalau kau usaha je memang takkan cukup. Time doa tu xyah nak selfish sgt, doa sekali utk family, lecturer, kengkawan....

Jaga hubungan dengan mak ayah
Aku dah buat keputusan yang sangat besar dengan pindah stay rumah family sepanjang degree, aku dah malas menyewa, banyak masalah. So aku decide nak jimat duit and stay rumah family je. Toksah pikir banyak. Tapi sebenarnya banyak tau kena fikir. Kau kena pandai arrange masa kau. Lagi2 kalau perempuan. Takkan dok umah tanak tolong langsung mak kemas rumah kan? Masak serba sikit kompem kena. Ade jugak lah tergelincir gaduh manja dengan mak ayah aku sebab kekadang dorang tak faham.


Aku kalau dah settle kerja memang aku memerap dalam bilik je buat assignment. Nak pulak degree ni ya ampun banyak sgt assignmentnya. Kadang ade tetamu dtg from kampung berhari-hari berminggu-minggu, memang aku buat muka tak malu jela sebab mmg takde masa nak tlg kemas rumah ke masak ke beramah mesra ke. So, papehal pun kau kena bincang and kasi paham mak ayah kau lelagi kalau kau stay dengan dorang. Environment bilik aku pulak memang sgt selesa utk aku buat kerja that's why aku suka memerap dlm bilik hehe. If ade gaduh manja tu nanti jgn lupe minta maaf, tak berkat belajar nanti kalau buat parents kecik hati.

Arrange masa
Memang keutamaan aku siapkan kerja. Aku tak suka tangguh kerja sejak degree ni. So yes, masa memang sangat penting untuk kau arrange. Kena plak aku ni jenis kalau aku stress, aku akan buat kerja. Sambil tgk movie. At least dgr suara movie tu terpasang, haaa gitu style aku. Jgn tiru sebab semua org lain lain cara dia hehe. Aku takleh dgr lagu sebab nanti aku takleh fokus. Kadang tu aku suka stay kat kolej lepas kelas and siapkan assignment memandangkan aku stay rumah parents so susah ade masa nak lepak dengan member.

Aku suka ikut kesesuaian masa tu. And aku suka buat assignment awal, and ikut dateline. Means bila dapat selambak assignment tu aku akan buat ikut yg mane kena hantar dulu. So aku buat 1 by 1. Tapi awal, sebab kau xyah nak acah power last minute besok nak hantar malam ni kau baru buat then kau susahkan orang dengan tanya memacam. Haaaaa!
Aku suka buat awal sebab pape yang aku tak faham aku boleh direct tanya lecturer. So aku akan dpt extra info daripada dorang yg tak sempat tanya lecturer. Kan kan...hehe.

Jaga hubungan dengan lecturer
Aku suka whatsapp dengan lecturer, tanya pasal assignment, or pape info yang aku tak sure. Korang maybe takkan perasan pasal ni, tapi ade baiknya tau kau buat baik dengan lecturer. Lelagi aku suka start assignment awal, so aku suka tanya lecturer. And dorang pun suka melayan sebenarnya. Sebab nak cari ilmu kan. And kau akan nampak beza dalam pemarkahan bila kau diingati lecturer. Macam aku, ade gak lecturer aku yang kureng, tapi aku buat all out untuk subjek dia and at last dia perasan aku, and dia ingat aku. Bila lecturer dah start ingat kau, insyaallah kau akan okey :) Kalau jumpe memane lecturer tu bagi salam or mintak maaf and suruh dia doakan kau, sebab semua tu berkat. Mintak dengan ikhlas.





Jaga hubungan dengan kawan-kawan
Aku taktahu lah sangat pasal ni tapi bab assignment aku memang tegas tak kisah lah bff ke rapat ke ape ke, assignment tetap assignment lelagi kalau group assignment. Aku akan perhati ape yang kawan tu power or mampu buat, so aku akan bagi bahagian tu kat dia, ade jugak kadang kiteorng buat sistem undi, nak kasi adil kan dapat kerja sama rata banyak. Tengok keadaan lah. Kalau aku rasa aku boleh buat part tu dgn baik, aku akan tawarkan diri. Pada aku, aku takde dengki pun kalau dia buat sikit aku buat banyak, sebab most of the time mmg aku yg tawarkan diri nak buat lebih. Aku susah sikit nak lepas tangan bab group assignment ni. Kena teliti bebetul time nak check part memasing tu. Ade gak lah yang aku suruh tambah ke tolak ke maap ye Syaza Shaz Kecik. Hehe. Korang terbaikkkkk!

Dengan classmate or kwn2 lain plak biasa lah kadang ade gak tetibe last minute tanya pasal itu ini padahal time tu kite dah relax dah nak tido. Dalam marah tu aku fikir gak takpelah maybe time ni dorang susah mane tau nanti aku plak susah ye dok? So aku tlg dgn rela hatinya sebab aku tanak jadi org kedekut ilmu. And aku suka tanya org yang bijak pandai macam Ain Samraa and Ezra. Dorang power weyyyy, laju je faham bende. Aku ni pesen slow sikit.

Nawaitu kena betul
Kau nak berjaya sebab ape? Itu penting.
Macam aku, aku set nak berjaya untuk family aku, diri sendiri and masa depan aku.
Sebabnya aku nak runtuhkan segala syarat yang memungkinkan aku untuk dipanggil interview, so thats why aku nak sgt grad 1st class. Plus aku mantapkan communication and soft skills aku.

Mama aku nak sangat tengok aku dapat anugerah time degree so aku ambik berat sangat ape yang dia nak tu and at last maybe berkat doa mama aku berjaya dapatkan. Bila kite fokus and tetapkan nawaitu kite tu, insyaalah boleh punya.

And plus ade sorang mamat kesayangan aku ni, dia pernah cakap kat aku kalau sambung degree tapi grad pointer biasa je baik xyah, dengan takde skill bagai. So aku buktikan dekat dia yang FYP aku buat sendiri atas tunjuk ajar classmate aku, belajar bebetul buat assignment cun cun. And dalam cabar-cabar dia tu, dia jugaklah yang rajin teman aku buat assignment. Dia main game aku buat assignment. Lelagi time musim fyp, selagi aku tak tido mmg dia takkan tido sebab dia tau aku penakut nak stay up memalam buat kerja. So dia temanlah walaupun jauh nun di Keramat sana. Teman melalui hp je pon. Haha. Sebenarnya boleh je berjaya kalau ade pakwe and bercinta pun, tapi kau kena jadi matang dulu. Macam pakwe aku dia mmg takkan kacau kalau aku kata aku nak buat kerja ke and dah pesan siap2 jgn jeles kalau aku lepak dgn dak2 laki kat mcd sebab tu semua hanya utk fyp. Sebab dia tahu aku bukan jenis suka melepak sesuka hati dengan lelaki, tak kuasa aku. And kiteorng memang elakkan gaduh time aku tengah busy ke nak exam ke. Sebab tanak ganggu emosi, sangat elakkan. And ade gak masanya aku malas or penat nak buat kerja, dia dengan setepeknya sound aku kalau malas xyah belajar dah g benti belajar. Haaaaa nasib pakwe mulut pedas hahaha!

TQ bebanyak jugak utk Shaz sebab time final year aku g kolej tumpang dia hari-hari sebab dia pun dah stay rumah parents dia. Thanks sesangat Shaz even Akey ade tong-tong minyak tu pun rasa mcm still tak cukup dengan keringat Shaz drive jejauh from Klang sana. Wanita gagah serius Shaz ni even size body kecik molek je. Hehe.



Kami dah grad!!!!


p/s: Aku tahu ade yang tak puas hati, tapi kisah ape aku, rezeki memasing ye. Jangan nak lawan takdir sangat.

Perihal anugerah

Sunday 16 November 2014

Anugerah Perak tu untuk graduan yang dapat 3.5 ke atas or AVG 70 ke atas
and terbaik untuk course tu. Kira macam best student untuk course tu lah haaa gitu bahasa senang dia.


I didn't expect pun sebenarnya akan dapat sebab aku memang push all the limits untuk dapat grad dengan 1st class, yelah sape tanak kan?
Yang pasal anugerah tu ade la terselit dalam doa aku, kalau diizinkan Allah,
nak lah jugak merasa, kalau takde rezeki takpe sebab course aku ramai lagi yang pandai.

Hmmm...
Banyak sangat dugaan sebenarnya untuk Anugerah Perak tu.
Ohhh btw aku diberitahu oleh koordinator program aku, yang aku bakal terima Anugerah Perak untuk konvo nanti.
So dah memang excited la kan cite dia.
Tapi surat tak sampai-sampai pun lagi.

Bila aku call kolej untuk confirmkan, urusetia konvo tu macam tak caya aku dapat sebab nama aku takde dalam list. Dia asyik tanya banyak kali and tetibe aku dengar dia tergelak gelak dgn kawan sekeliling dia sebab nama aku takde pun tapi aku sibuk tanya pasal anugerah.


Helloooooooo!
Ingat aku takde kerja ke tetibe nak call tanya pasal anugerah kalau aku tahu aku memang tak dapat?
Lolssssss!
Then terus ngadu kat koordinator and rupanya bile dia check balik, urusetia konvo tersilap.
Dorang hantar surat to classmate aku, which is AVG kiteorng dekat2 je so dorang terlepas pandang.
Tanak kacau pulak emosi kalau gitu kan?
Tak memasal kena tarik balik surat dkt kawan aku tu and buat untuk aku.
Kesian kawan aku.

Then after settle, 1 week before konvo ade staff call Papa, dorang say sorry untuk kesilapan tu and dorang emel surat kat aku, plus pos skali. K tang tu dah lega dah bila emel dah sampai.


On the day untuk konvo, ade lagi hal pelik yang jadi.
Ya Allah teruk sangat aku diduga kali ni.
Konvo KPTM dah tukar sistem.
Means yg anugerah khas and plg special je yg akan naik pentas.
Penerima Anugerah Perak and Presiden kena ambik kat tepi hall lepas turun dari pentas.


Haaa pin kaler silver tu lah yang melambangkan sesape yang ade terima anugerah. 
Time ni mood aku jadi tak betul sebab tetibe time aku nak g ambik kat tepi pentas, 
anugerah aku tu takde, padahal nama memang ade dalam list. 
Taknak sedih pulak aku sebab memula ckp takde then ade then tetibe takde plak. 

Boleh dorang kate meh no fon nanti kiteorng contact you, you collect dekat kolej nanti kemudian k. 
Balik je kat seat memang menitik air mata aku, nasib takde sape perasan.
Yelah sape tak sedih kan kena main perasaan gini. 
Sambil menitik air mata aku whatsapp parents aku. 
Then aku ngadu kat koordinator program aku. 
Then dia uruskan. 
Serius moody sgt aku time tu orang yang dekat dengan aku, 
mesti perasan sebab aku selalunya happy je tapi tetibe muka serius and masam. 




Last- last, dah nak habis majlis masa tu, urusetia call, katenya anugerah tu ade.
Dorang tak jumpe cari tadi. 
Lols. 
Dengan tak say sorry nya. 

Takpe aku sabar je and senyum je balik. 
Grab the anugerah, 
Then Akey is back!
Hahahahhahahahahhaha. 



Pre-convo


Hai, lama sangat dah tinggal blog ni.
Tak tahu lah kenapa tetibe terbukak hati nak main blog balik. 
Maybe sebab minat kot cuma nya stop sekejap sebab busy fyp for degree. 

So ni nak tayang sikit gambar pre-convo haritu. 
Mulanya plan nak ambik official photographer, tapi last2 tak jadi sebab banyak halangan. 
So decide shoot guna Oppo and Ipong je. Hehe


Location: 
Cruise Putrajaya
Taman Saujana Hijau
Astaka Morroco



Hari Khamis dapat jubah and hari tu jugaklah aku pergi shoot sebab besoknya Syaza takde. 
So layankan dia. Hehe. 


Ain, Syaza, Adir and Me. 


Akey and Syaz



Jita, Nabila, Fyza, Akey, Sue and Syaz. 





Malas nak edit2 gambar, semua fresh punya from Oppo. Hehe


Time ni aku baru nak start demam, dengan cuaca kejap hujan kejap panas, naik berpusing kepala.
And terasa lelah lemah. 
So tak mampu nak berlama sangat. 



Till then, next post :)

Jodoh rahsia Allah :)

Monday 10 February 2014


Last2 week, akey dapat jemputan untuk pergi wedding kawan Akey..
Tiqa ni kawan kpd kawan Akey,
Last2 bila dah lama kenal jadilah rapat jugak..
Pernah join modelling catwalk dengan dia..

Syukur rezeki dia jodoh sampai awal..
Bila jodoh dia dah sampai, Akey sedar betapa indahnya aturan dari Dia...
Bila korek2, kena dua minggu terus husband dia ni ajak tunang..
And tunang tak sampai setahun pun terus kahwin :)
Start kenal pun kat masjid and sambung contact kat FB if Akey tak silap..
Sweet kan kisah dorang??


Tahniah Atiqah & Ariffin :)
Moga berbahagia sampai ke syurga..


Nak snap gambar dgn kek sebenarnya..
Tapi salah angle..Haha
Kek tu Tiqa buat sendiri..
Sebab dia memang baking untuk dijual :)

Seronok tau wedding dorang meriah sangat siap ade aiskrim percuma lagi untuk tetamu :)

Pergi dengan satu family time ni sebab pasangan saya busy kena kerja...
Takpelah dahulukan yang mane penting dulu :)

Tiqa dah jumpe yang terbaik untuknya Insyaallah..
Moga jodoh Akey pun dipermudahkan sama macam dia :)


Family Day of Section 1: Final Year :)

Friday 31 January 2014


Pembuka tirai January 2014 yang lepas :)
Kiteorang satu kelas plan nak g bercuti, bbq..
Dekat2 pun takpe janji semua dapat enjoy kan..

Paling penting makanan kena banyak and ramai yang dapat join..
Lepas fikir bajet untuk makan, tol, minyak kereta and sebagainya,
Last minute plan nak buat baju.
Saje je untuk kenangan kan..
Bukan selalu dapat gini..

So macam biasa lah plan nak berkumpul pukul 8 tapi Melayu memang Melayu.
Haha pukul 9 baru gerak semua ke PD.
Konvoi 6 ke 7 kereta lupe dah..
Sampai je PD bebudak lelaki bawak g tempat pantai yang takde orang,
takde games tapi redup untuk buat bbq.
Yang perempuan pulak nak ade banana boat semua tu la kan baru meriah..
Last2 kiteorng decide, stay je pantai yang sepi tapi redup tu.. untuk bbq dulu and buat games sendiri :)



Antara menu yang sempat disediakan:
Bihun Goreng
Nasi Goreng
Carbonara
Kek Batik
Kuih Muih
Sandwich
Buah-buahan
Ayam Bakar
Daging Bakar
Air Sarsi and Grape



Kenakan Kechik sebagai penganjur! Haha..Tanam dia!!!


Time ni kiteorng dah kena pecahkan ikut group.
Takde boleh dgn yg geng sendiri.
Penganjur games garang okayyy! Haha
So takpe stay je dlm group yang dah nasib dapat.
And bebudak group 1 sumpah best tak pernah kalah okey dalam games semua!


Lepas dah bosan main games, bebudak lelaki decide nak main bola..
And bebudak perempuan sambung makan.. Haha
Ni round kedua makan dah sebenarnya..
Lepas tu bebudak lelaki plak serang makanan..
Ade satu bende kelakar plus agak sakit perit lah time ni, sebab time air laut surut tu..
Kiteorng saje la pergi redah sampai ke tengah laut sana kan..
Sebab air cetek..Yang pergi redah je tahu betapa sakitnya kaki bila berkaki ayam sebab terpijak segala cengkerang tu..sampai luka kaki..menyesal tak pakai selipar...
Segala nama mak ayah semua keluar time sakit tu..Kelakar sumpahhh!


Lepas puas main games sendiri and habiskan makanan..
Dalam lepas asar gitu ajak bebudak lelaki gerak ke pantai sebelah yang ade banana boat semua tu..
Lagi meriah kat situ..
After habiskan makanan and kemas barang..
So dengan tak tukar bajunya..keringkan badan skit je semua naik kereta pergi pantai sebelah..

Thanks korang layankan kerenah kiteorang nak main bende ni.. Hehe..
Ingatkan korang tanak datang pantai sebelah..
So means datang PD ni..
BBQ pantai lain..
Main games kat laut pantai lain..
Hahaha..

After balik dari PD, singgah makan malam kat Bagan Lalang :)

Bagus jugak sebenarnya buat Family Day macam ni..
Sebabnya serius after buat ni aku rasa kiteorng dah makin rapat..
Yela dulu memula dari kelas lain2 bergabung masuk kelas ni..
Biasa la memula tu kelompok2 kan..
Then lelame semua jadi caring to each other, 
ingatkan pasal asignments, 
support kawan bila present..
and lagi nak tolong kawan bile present dengan tanya soalan 
sebab soalan tu buat dorang dapat markah..
Dapat merapatkan silaturrahim gitu :)
Thanks korang bagi kerjasama yang bagus and ramai yang dapat join family day ni..
Serius pecah perut masa main games sendiri yang Kechik arrangekan..
Lelagi masa games sambung2 barisan dalam group tu..
Hahahahaha!

Next trip: Insyaallah Pulau Perhentian :)



FoodPorn: Big Red Strawberry Farm, Cameron Highland


Dah lama sebenarnya nak datang sini.
Bila sampai sini susah betul nak cari tempat ni.
Sebabnya tempat ni jauh ke dalam sikit.
And boleh pulak aku tak perasan signboard dia sebesar alam kat tepi jalan besar tu.
Haha ;)

Aku rasa hampir 5 kali aku tanya orang dekat cameron tu.
Stop dekat tea plantation and Agro Farm pun aku tanya orang..
Stop dekat hotel pun tanya orang..
Last2 sampai jugak :)
Serius tempat ni cantik lawa tersusun je..
Orang cameron cakap ni tempat baru..

Tempat ni famous dgn segala macam dessert dia..
Aku pulak penggemar dessert.
So kompemlah seronok main order je macam2.
Sebab memang dah niat nak belanja family sebab family pun dah susah2 bawak aku datang sini kan :)









Mulanya takut jugak sebab ingatkan mahal makan kat sini.
Siap tanya dekat senior yg dah pernah pergi..
Sebab risau lari bajet.
Last2 bila dah sampai sini, memang murah je berbaloi la susah2 datang..
Semua makanan bawah rm10.
Yang harga berbelas pun strawberry chocolate je..berbaloi laaa.. hehe :)
Semua makanan ni tak sampai rm60 pun..
Aku rasa murah sebab kalau makan kat KL ni..mau lagi mahal..Hehe

So aku order je segala bende yang aku nampak sedap.
Aku rasa aku dah order 60% daripada ape yang ade kat menu cafe ni..hehe..
Orang lain datang jalan2 dulu kat farm..
Aku plak terbalik..
Jalan kejap then menjurus terus ke cafe dia...

Puas hati makan sebab cafe ni tak kedekut strawberry..
Sampai muak aku makan strawberry kat sini sebab banyak sangat..
Hehe..

Muka happy dapat makan sini :)
Selamat mencuba kalau datang Cameron Highland :)