Search This Blog

Kisah result ;)

Thursday 29 August 2013


Assalamualaikum semua ;)

Result degree utk student KPTM KL dah keluar...
Panjang sungguh kisah nak tengok result ni.
Disebabkan Akey punya yuran pengajian belum ditolak pihak MARA,
Makanya nak bukak cms @ portal student tak dapat.
So tak dapatlah tgk result..

Kemainlah time2 ni baru mencari mentor sebab mentor boleh tgk result student.
And dia bagitau percentage je kat fb. Dia tak bagitau semua subjek punya result.
And alhamdulillah, percentage/pointer okey ;)
Pada Akey, berbaloi dengan usaha Akey selama ni..

Ego boleh pulak g kolej tlg tgkkan result kami,
And bila dah tahu full result, lagilah bersyukur sebab semua paper lulus.
No resit ke repeat ke retake ke. Hehe ;)
Cuma ada lah sikit frust sebab tak mecapai target.
Which means tak dapat DEKAN. Sikit je lagi if usaha.

Tak disangka juga subjek yang paling Akey cuak tak lulus,
Lulus bukan sekadar atas pagar, dia paras loncat pagar dah. Haha
So a very big thanks to lecturers yang bagi byk sgt assignments and projects,
Kengkawan group and classmate yang byk tolong menolong,
Papa Mama yang tak membebel bila tahu anak dia berkurung je dalam bilik sebab siapkan kerja,
Pakwe yang faham and selalu bagi semangat and selalu tunggu saya habis buat kerja sampai ke pagi baru tido ;)

Actually kawan yang rapat dengan aku mmg perasan sgt yang aku dah lain sejak degree ni,
Serius lain mcm pasal pelajaran, and memanjang ingatkan dorang psl kerja.
Sory korang if Akey merimaskan korang ;)
Tahniah kepada Syaza, Fyza, Nabila, Syaz and classmates lain atas result korang!
Paling puas bila dapat result mcm ni dengan tak bawak toyol, puas sgt rasa dengan usaha sendiri ;)

Doakan kolej tak rombak kelas ikut pointer please, sumpah nak stay je dengan classmates sekarang...

Segala cerita

Tuesday 30 July 2013


Hai semua,
Dah lama jugak tak jenguk blog kesayangan ni.
Maybe sebab dah ade yang lebih syg kot.
Haha.

Akey dah 2 minggu habis exam and dah lega sgttttttttttttttttttttttt!
Walaupun masa exam agak tunggang terbalik sebab utk cos Akey ni,
Dia kerjasama KPTM KL dengan Coventry University, UK.
So acah2 exam setahun sekali je, bukan satu sem sekali.
Which means byk giler bende nak kena sumbat dalam otak nie utk ingat!
Setahun punya pelajaran okeyyyy!
Syukur jugak segala assignments, coursework, project, presentation
dapat dilaksanakan dengan jayanya insyaallah ;)
Kawan sekelas banyak membantu, lagi2 group members ;)
And lecturer pun banyak tlg, nak senangkan student, apa yang dia nak, kita buat.
Kita senangkan dia, dia senangkan kita balik insyaallah kan ;)
Thanks jugak kepada lecturers yang ade bagi hint,
even bukan 100% sama keluar dalam exam pun,
 janji ade jugak yang keluar, terima kasih sgt2 ;)

Doakan Akey and kawan-kawan berjaya and cemerlang dalam peperiksaan ye ;)

And semua sedia maklum masa diploma dulu Akey aktif jadi fasilitator kolej,
But masuk je degree dah stop sebab...bukan sebab risau ganggu pelajaran ke ape.
Sebab pelajaran tak pernah ganggu pun if jadi fasi.
Just maybe sebab, Akey rindu kawan2 fasi Akey yang dulu lebih sikit ;)

Tapi nak dijadikan cerita before habis final exam,
gatal g apply jadi The Crew KPTM KL pulak.
The Crew: Group elit under MPP KPTM KL yang bantu menguruskan segala event di kolej ;)
Alang2 kawan Akey ade join, terus Akey ajak lagi ramai kawan join.
Siap interview bagai, nasib semua kawan Akey dapat ;)
And masa 1st meeting alhamdullillah rezeki agaknya, dicalon and diundi sebagai naib pengerusi ;)
Hai adik2, saya Kak Akey!
So 1st event is Majlis Berbuka Puasa bersama Atlet Sukob and Suptem KPTM KL,
Bertempat di Flamingo Hotel ;)
Tugas Akey kena jaga VIP, iring lah maknanya..





Next event selang sehari je,
Memasak and Pemberian Bubur Lambuk kepada pelajar dan staff
Majlis Berbuka Puasa Perdana Mentor Mentee 
Pink Hijab Day







Selang sehari lagi event yang sama lagi
Cuma ditukar kepada
Blue Hijab Day









Untuk 2 event majlis berbuka puasa perdana ni, 
Akey and the geng ditugaskan utk jadi AJK Makanan.
Actually kiteorng yang nak jaga makanan.
Dasar suka makan kan! Haha

Overall sgt best, dapat kenal juniors and ada yang satu kepala sangat syok!
Kerja pun even stress tapi berjaya jugak handle.
Kemain brainstorm tau nak fikir layout tempat makan and flow makanan macam mane yang boleh jadikan event lancar and student takkan stuck lama utk beratur ambil makanan.
Korang ingat senang kerja AJK Makan? 
Haaaaaa..

Congrats to us!
The Crew and MPP KPTM KL ;)
Next event2 besar adalah Jamuan Raya, Citrawarna, Annual Dinner ;)

Till then, bagi Akey bernafas sampai september ye.
Nak nikmati cuti sem sehabis boleh!





Ulat.

Saturday 27 April 2013


Aku memang boleh dikategorikan sebagai ulat buku jugak lah.
Tapi bukan pada buku pelajaran.
Tapi pada buku cerita, novel, majalah.
If dah bosan sangat, memang akan cari buku.
If buku cerita dah takde, rembat jelah buku ilmiah kan.




Bagus jugak terbitan baru Lejen Press and semua yang berkait dengannya lah.
Sebab dia tarik minat muda remaja untuk membaca
Tajuk pun dah kemain haru kan. 


Contoh nya buku nie,
Kemain pakwe aku bising sebab tajuk dia mencarut.

Tapi hakikatnya

Apa Itu Terfaktab?

Terfaktab merupakan asimilasi dari perkataan Inggeris 'fucked-up
yang menerangkan seseorang dalam 'stuck' atau 'get/have a problem'
pada satu situasi dan keadaan.

Dari 'fucked-up', 
sebutannya menjadi FAKTAB setelah di normalisasi-kan 
dengan accent English
masyarakat Latin serta di eja dengan menggunakan tulisan rumi.

Di garap dari tokoh-tokoh penulis yang serba unggul 
dalam membantu pasangan bercinta di luar sana 
yang mempunyai masalah semasa bercinta, 
dan mungkin juga sebagai bahan gelak ketawa 
sewaktu memulakan kerja dan kuliah di waktu pagi.


So tak tahu sila jangan marah dulu.
Ini buku motivasi untuk percintaan ;)


Buku ini, siapa cakap tak seram memang aku sula dia!
Kalau korang baca time tengah ramai2 dengan kwn2,
memang lah tak seram! 
Boooooooooooooooooooooooooooo!!

Masa aku start baca nie,
Aku dok dalam bilik sorang2,
Dah lah katil mengadap tingkap pulak kan.
Jangan tak feel lah. 
Baca satu cerita, stop.
Then sambung, then stop.
Satu malam hanya mampu 2 cerita je.
Sudahnya aku baca time atas tren je.
At least takde aku rasa meremang sangat. 
p/s: Aku peminat movie/cerita seram, tapi ini, pada aku lagi seram. 








Faham tak bila tengok tajuk pun dah rasa teruja nak baca.
So memang akan ku cari time g Pesta Buku PWTC nanti. 



Till then,
marilah menjadi ulat buku daripada menjadi ulat miang ;)




#sumber: Blog Terfaktab



Foodporn= Cupcake Chapter

Saturday 13 April 2013


CUPCAKE CHAPTER
Milik ex lecturer KPTM KL
Sir Hafiz ;)
So ex Akak2 fasi nie pun pergi lah mencuba setelah direkomen oleh Kakak Fasi Shaq ;)
memang Akey menggila sebab Akey memang gila cupcakes!!!

Memula sampai memang rasa pelik.
Sebab kemain comel kedai nie dihias.
Siap ada bear besar lagi digantung :)))))

Cumanya bila 1st korang akan rasa blur nak makan ape.
Makanan western semuanya ;)
Tak cuba tak tahu kan?





Makanan kat sini sumpah sedap!!
Cupcakes dia pun sangat best,
tepati citarasa Akey ;)
Bukan pesen manis yang kena kerat kaki la
Just nice ;)

Masa nie dah tak larat nak makan cupcakes,
Bcoz portion main dish kiteorang besar sangat,
So take away je cupcakes.
Thanks Shaq coz belanja kami :)


So sesiapa yang nak try mood baru,
datang lah lepak sini.
Kat Ukay Perdana Boulevard
Berhadapan dengan Zoo Negara ;)


#sumber gambar dari insta kawan-kawan ;)


The USS Trip


Al Kisahnya
Setelah dapat durian runtuh makanya terus plan nak pergi vacation dengan kawan-kawan
Setakat shopping je menghabiskan duit tak puas, so better pegi vacation.
Hadiah untuk diri sendiri gitu ;)

Akey memang jenis yang suka melancong,
Dalam Malaysia nie Sabah Sarawak jela yang tak jejak lagi.
Tempat lain semua dah jejak,
Dengan family and kawan-kawan ;)

Fikir punya fikir,
Terus Abang Besar suggest pergi USS.
Universal Studio Singapore!!!
3 Days 2 Nights stay at M Suites Johor Bharu ;)
Tiket masuk USS,
Bas pergi balik USS,
Plus breakfast at hotel,
Check this out.

Kat USS panas terik,
Singapore kan.
Sumpah kena pakai baju senipisnya.
And bawak air mineral dalam beg.
And bawak barang seringan yang mungkin.
Akey pergi nie dengan senior. usia senior tapi jiwa muda mungkin.
Hehe. Hanya Shaq je yang sebaya dengan Akey.
























Like seriously gila puas hati sebab dapat pergi USS.
Akey pulak jenis yang suka games yang mencabar.
Akey naik tau roller coaster yang tinggi giler tue.
Thanks Noley teman.
Yang lain penakut! Booooooooooooo!!!


And ada satu game nie yang korang akan basah selenjun nya if tak beli ponco= baju hujan
Kiteorang semua pesen degil, ingatkan basah sikit je,
Lastnya hamekkkk!
Sampai ke dalam2 basah lenjun. Hehe



Ada tips tau if nak masuk USS nie.
Thanks to Noley for your good tips ;)
Aktiviti dalam tue semestinya bercamewhore lah kan ;)
And ada beli hadiah utk diri sendiri and family and kwn2 ;)
Dengan berbekalkan 50 SD. Hehe. 



And of coz, ada pergi JPO sekali di Johor ;)







Kat JPO,
Urm kan banyak yg branded kan.
Akey pulak jenis tak beria sgt barang branded2 nie.
Tak layan sangat la maksudnya.
Sebab student lagi kan.
So at last beli kasut kat Roxy je coz sales gila nak mampossss!
Hahahhahahaha! 





And this!
Makan malam besar di Senibong!
1st time makan sini.
Dapat seafood banyak pulak plus dapat pegang ketam hidup2.
Thanks Abang Besar :))))
Thanks Arie coz selalu jaga adik2 kecik Arie nie :)))

Lastly, balik dari JB,
singgah Melaka pulok.
Dapatlah merasa original coconut shake,
and ini.
Chicken Rice Ball ;)



Nak repeat lagi pergi sini sumpah tak puas!!!!






Bila dah busy

Thursday 14 March 2013


Bila dah busy, Blog ini pun dah terabai.
Busy dok update blog utk Internship je.
Btw banyak yg jadi sejak akhir-akhir nie.
Akey lebih selesa utk busy kan diri ;)

Syukur kepada Allah sebab markah coursework Akey utk degree
agak memberansangkan ;)
Tak faham masa memula tengok.
Then bila kawan-kawan dah jerit2 tgk result Akey,
Baru Akey faham. Hehe










Antara yang terjadi dalam life Akey sepanjang bulan Feb and Mac ;)
Layan dengan gambar jela ye ?
Take Care semua ;)