Search This Blog

Hargai...

Sunday 27 January 2013



Hari ini, bersamaan 27 Januari 2013,
Aku sekeluarga ke Puchong Perdana,
Ke masjid terapung di tasik,
untuk majlis perkahwinan jiran lama kami. 

Dalam perjalanan lagi,
Mama dah cakap, 
sedih bila teringat arwah auntie fizah.
autie fizah adalah ibu kepada pengantin lelaki,
iaitu jiran lama kami.
Meninggal akibat barah payudara. 

Bila sampai and nampak Abang Asyraf, 
si pengantin dan adik beradiknya yang lain,
makin sebak terasa.
Makin kuat ingatan kepada autie fizah.
Muka Abang Asyraf pulak memang seiras ibunya...



Tapi kita hanya merancang, 
DIA yang menentukan segalanya..
Arwah auntie fizah pasti bangga.
Abang Asyraf dah jadi Jurutera,
Arfahani di oversea belajar dalam jurusan perubatan,
Amsyar sekarang pelajar tahfiz...

Hati kita sentiasa kuat berdoa, 
Agar orang yang kita sayang,
Dapat berada disamping kita dimasa sebegini kan?
Saat-saat istimewa macam ni...

Aku yakin, mesti tetamu lain yang hadir tadi pun,
dapat rasa apa yang kami rasa..
Selagi mereka yang tersayang masih ada,
Hargai dengan sebaiknya..

Selamat pengantin Baru Abang Asyraf & Kak Fazliyana :)




0 comments:

Post a Comment