Search This Blog

Ulat.

Saturday, 27 April 2013


Aku memang boleh dikategorikan sebagai ulat buku jugak lah.
Tapi bukan pada buku pelajaran.
Tapi pada buku cerita, novel, majalah.
If dah bosan sangat, memang akan cari buku.
If buku cerita dah takde, rembat jelah buku ilmiah kan.




Bagus jugak terbitan baru Lejen Press and semua yang berkait dengannya lah.
Sebab dia tarik minat muda remaja untuk membaca
Tajuk pun dah kemain haru kan. 


Contoh nya buku nie,
Kemain pakwe aku bising sebab tajuk dia mencarut.

Tapi hakikatnya

Apa Itu Terfaktab?

Terfaktab merupakan asimilasi dari perkataan Inggeris 'fucked-up
yang menerangkan seseorang dalam 'stuck' atau 'get/have a problem'
pada satu situasi dan keadaan.

Dari 'fucked-up', 
sebutannya menjadi FAKTAB setelah di normalisasi-kan 
dengan accent English
masyarakat Latin serta di eja dengan menggunakan tulisan rumi.

Di garap dari tokoh-tokoh penulis yang serba unggul 
dalam membantu pasangan bercinta di luar sana 
yang mempunyai masalah semasa bercinta, 
dan mungkin juga sebagai bahan gelak ketawa 
sewaktu memulakan kerja dan kuliah di waktu pagi.


So tak tahu sila jangan marah dulu.
Ini buku motivasi untuk percintaan ;)


Buku ini, siapa cakap tak seram memang aku sula dia!
Kalau korang baca time tengah ramai2 dengan kwn2,
memang lah tak seram! 
Boooooooooooooooooooooooooooo!!

Masa aku start baca nie,
Aku dok dalam bilik sorang2,
Dah lah katil mengadap tingkap pulak kan.
Jangan tak feel lah. 
Baca satu cerita, stop.
Then sambung, then stop.
Satu malam hanya mampu 2 cerita je.
Sudahnya aku baca time atas tren je.
At least takde aku rasa meremang sangat. 
p/s: Aku peminat movie/cerita seram, tapi ini, pada aku lagi seram. 








Faham tak bila tengok tajuk pun dah rasa teruja nak baca.
So memang akan ku cari time g Pesta Buku PWTC nanti. 



Till then,
marilah menjadi ulat buku daripada menjadi ulat miang ;)




#sumber: Blog Terfaktab



Foodporn= Cupcake Chapter

Saturday, 13 April 2013


CUPCAKE CHAPTER
Milik ex lecturer KPTM KL
Sir Hafiz ;)
So ex Akak2 fasi nie pun pergi lah mencuba setelah direkomen oleh Kakak Fasi Shaq ;)
memang Akey menggila sebab Akey memang gila cupcakes!!!

Memula sampai memang rasa pelik.
Sebab kemain comel kedai nie dihias.
Siap ada bear besar lagi digantung :)))))

Cumanya bila 1st korang akan rasa blur nak makan ape.
Makanan western semuanya ;)
Tak cuba tak tahu kan?





Makanan kat sini sumpah sedap!!
Cupcakes dia pun sangat best,
tepati citarasa Akey ;)
Bukan pesen manis yang kena kerat kaki la
Just nice ;)

Masa nie dah tak larat nak makan cupcakes,
Bcoz portion main dish kiteorang besar sangat,
So take away je cupcakes.
Thanks Shaq coz belanja kami :)


So sesiapa yang nak try mood baru,
datang lah lepak sini.
Kat Ukay Perdana Boulevard
Berhadapan dengan Zoo Negara ;)


#sumber gambar dari insta kawan-kawan ;)


The USS Trip


Al Kisahnya
Setelah dapat durian runtuh makanya terus plan nak pergi vacation dengan kawan-kawan
Setakat shopping je menghabiskan duit tak puas, so better pegi vacation.
Hadiah untuk diri sendiri gitu ;)

Akey memang jenis yang suka melancong,
Dalam Malaysia nie Sabah Sarawak jela yang tak jejak lagi.
Tempat lain semua dah jejak,
Dengan family and kawan-kawan ;)

Fikir punya fikir,
Terus Abang Besar suggest pergi USS.
Universal Studio Singapore!!!
3 Days 2 Nights stay at M Suites Johor Bharu ;)
Tiket masuk USS,
Bas pergi balik USS,
Plus breakfast at hotel,
Check this out.

Kat USS panas terik,
Singapore kan.
Sumpah kena pakai baju senipisnya.
And bawak air mineral dalam beg.
And bawak barang seringan yang mungkin.
Akey pergi nie dengan senior. usia senior tapi jiwa muda mungkin.
Hehe. Hanya Shaq je yang sebaya dengan Akey.
























Like seriously gila puas hati sebab dapat pergi USS.
Akey pulak jenis yang suka games yang mencabar.
Akey naik tau roller coaster yang tinggi giler tue.
Thanks Noley teman.
Yang lain penakut! Booooooooooooo!!!


And ada satu game nie yang korang akan basah selenjun nya if tak beli ponco= baju hujan
Kiteorang semua pesen degil, ingatkan basah sikit je,
Lastnya hamekkkk!
Sampai ke dalam2 basah lenjun. Hehe



Ada tips tau if nak masuk USS nie.
Thanks to Noley for your good tips ;)
Aktiviti dalam tue semestinya bercamewhore lah kan ;)
And ada beli hadiah utk diri sendiri and family and kwn2 ;)
Dengan berbekalkan 50 SD. Hehe. 



And of coz, ada pergi JPO sekali di Johor ;)







Kat JPO,
Urm kan banyak yg branded kan.
Akey pulak jenis tak beria sgt barang branded2 nie.
Tak layan sangat la maksudnya.
Sebab student lagi kan.
So at last beli kasut kat Roxy je coz sales gila nak mampossss!
Hahahhahahaha! 





And this!
Makan malam besar di Senibong!
1st time makan sini.
Dapat seafood banyak pulak plus dapat pegang ketam hidup2.
Thanks Abang Besar :))))
Thanks Arie coz selalu jaga adik2 kecik Arie nie :)))

Lastly, balik dari JB,
singgah Melaka pulok.
Dapatlah merasa original coconut shake,
and ini.
Chicken Rice Ball ;)



Nak repeat lagi pergi sini sumpah tak puas!!!!