Search This Blog

Current life

Friday, 9 January 2015


Salam semua,

Exactly genap 2 weeks after aku konvo, aku dapat call from satu company ni utk interview, mmg happy lah sebab nya ngam3 lepas konvo kan.. pulak tu kawan2 yg lain pun ade gak dapat call utk interview ni. So extra lebih la teruja dia. 

Before interview tu mmg nervous, plus risaulah kalau ade soalan yang tak dijangka kan..
Tapi sehari sebelum interview tu aku sempat borak dengan Tokma, mintak dia doakan aku cepat2 dapat kerja, lagi2 utk interview yg tu sbb harap lah dapat kalau ade rezeki. Plus aku sempat jugak mintak moklong aku doakan.. moklong ni aku anggap macam mak aku jugak sebab antara makcik yang paling rapat.

Hati aku tenang sangat masa hari interview tu, nervous mmg ye sebab 1st job interview yang aku pergi direct dekat company tu terus. Ade 2 stage ye interview dia. Yang 1st dia nak tgk communication kita, sebab company tu ade kena deal dgn mat saleh and bukan local lah senang cite. Lepas stage 1, proceed to stage 2. Stage 2 ni payah, sebabnya dia Behavioural Interview (BI). Dekat stage ni lah dia akan tgk mcm mane kita handle situation and critical thinking kita. Plus attitude kita jugak sebenarnya. Sebab kata mereka, knowledge and skill boleh dilatih and diajar, tapi attitude tu yang susah sbb natural from diri kita sendiri. 

So yeah after habis tu aku rasa macam okelah not bad interview tadi, aku main belasah je jawab tapi kena confident plus takpayah la menipu. Aku cakap direct je if aku tak tahu buat certain things and takde knowledge ke arah tu. Then aku balik rumah buat rutin harian aku jadi bibik mama. 

Then 1 week after tu, masa tu aku kat Melaka tengah vacation, ade dpt call from that company mengatakan aku dapat that job! Time tu takyah cakap lah memang happy rasa nak jerit je. Terus call parents aku and bagitau dorang. Papa lah paling happy sebab dia nak sgt aku kerja dekat company tu. Then bila dapat emel semua and tgk offer letter terkejut lah jugak sebab ingatkan contract, rupanya permanent. Syukur sgt sebab tahu bukan sng nak dpt permanent.. lagi2 sekarang ni kerja susah sangat nak dapat...

Tapi masa tu aku tak boleh nak happy melampau, sebabnya ade kwn aku yg g sama interview tu tak dapat.. sedih la jugak kan.. tapi ramai yg ingatkan aku, ni rezeki.. rezeki org bukan semuanya sama.. And rasa lega sebab dapat kerja dalam masa yang singkat, my 1st interview actually sebabnya ade je yg interview aku g before ni, tapi aku patah balik sebab tak sedap hati. Maybe yang tu bukan rezeki aku.. tapi Tuhan nak tunjuk, aku dapat lagi better daripada tu, Alhamdulillah...

Aku tak henti doakan kengkawan yang belum dapat kerja tu, moga cepatlah rezeki mereka datang.. kadang rasa serba salah.. tak tahulah kenapa.. 

So now, aku kerja di PETRONAS ICT. 
Report duty and induction week dulu kat Menara Perak, tapi lepas induction week baru tahu aku kena kerja kat PETRONAS Twin Towers, KLCC. So memang kembali ke sana lah gamaknya cuma berbeza tower and department. Proud to say that aku sebahagian daripada team yang uruskan Projek GST for PETRONAS. Yeayyyyyyyy! 







Lega lah sikit sebab salah satu bende yang dinantikan oleh para graduan adalah kerja kan, so dah lepas satu beban untuk cari kerja. Parents pun lega, aku pun lega sebab dapat hulur duit gaji untuk dorang. Hehe..

Tapi nak cakap sikit, zaman belajar lagi best. Kerja ni stress, buat aku tertunggu bila nak weekend. 

Goodluck untuk yang sedang cari kerja, jangan putus asa tau korang!!

Yang pasti ade rezeki untuk mereka yang usaha, semua dah tertulis!




3 comments:

Azizul said...

Salam,
sy berminat nk kenali diri awak..
awak department apa di PET ICT?

taufiq ibrahim said...

salam, maaf bertanya, saya ingin tanya berapa range gaji untuk fresh graduate dekat petronas ict?

Anonymous said...

salam, boleh tau apa nama position yg melibatkankn keja2 troubleshoot PC lptop,etc,kat sana utk ICT PET?

Post a Comment