Search This Blog

Trip To Sabah- The preparation

Saturday 7 February 2015


Hai Semua!!!

Akey bebaru ni ade pergi vacation dekat Sabah.
Yelah Sabah je pun, bukan oversea.
Tapi ramai jugak yang DM and IM, tanya pasal Trip ke Sabah ni, pasal bajet lah, and segala tempat yang kiteorang pergi.

So nak senangkan cerita, biar Akey share dalam blog ni jela ye.

Pergi dengan siapa: ex doormate Sekolah Teknik Setapak KL.
Berapa orang: 7 orang
Bila pergi: 21 Januari-24 Januari 2015
Pergi mana: Kota Kinabalu & Kundasang (SABAH)


Kota Kinabalu (tempat yang kami pergi)

  1. Signal Observatory Tower
  2. Pasar Filipina
  3. Pasar Malam Kg Air
  4. Pasar Malam Sinsuran
  5. Jesselton Point
  6. Pulau Manukan
  7. Pulau Sapi
  8. Todak Waterfront

Kundasang (tempat yang kami pergi) 

  1. Pekan Nabalu
  2. Kinabalu Park
  3. Poring Hot Spring 
  4. Canopy Walk
  5. Sg Luanti Fish Spa
  6. Kiram Cabin Village
  7. Desa Dairy Farm
  8. Rumah Terbalik



1st, pasal bajet:
  1. Kami dapat tiket flight pergi balik yang tersangat murah, makanya itu dah menjimatkan dah.
  2. So if nak vacation, beli lah tiket awal, or takpun beli time promo.
  3. Korang kena fikir jugak dari segi penginapan yang macam mana korang nak stay, korang nak buat aktiviti ape, nak shopping ape and nak berjalan ke mana.
  4. Untuk kali ni, memang kami amalkan konsep backpackers. Baju pun bawak yang pesen senang2 and nipis je takyah iron. Barang pun xbawak banyak sangat.
  5. Before pergi memang kawan kami, Ziela, dah siap2 buat calculation, bajet segala bersama tentatif and semua aktiviti termasuk bayaran masuk tempat melawat, plus makan, bayaran pakej transport, semua tak lebih daripada RM500.

2nd, penginapan:
Kiteorang decide untuk berjalan sakan sepanjang trip ni, makanya penginapan tidak perlu mewah, asal bersih dan selamat cukuplah, dan menyenangkan pergerakan kami.
At Kota Kinabalu, kami stay di Iskandar Sinsuran Guesthouse, dalam town KK.
  • Betul-betul depan Pasar Filipina
  • Sebelah Pasar Malam Sinsuran
  • Belakang ade Pasar Malam Kg Air
  • 10-15 minit berjalan kaki ke Jesselton Point. 
  • Bawah ade kedai runcit, kedai makan melayu, and mamak!

See, sangat banyak kemudahan kan?
That's why kiteorang decide untuk stay sini je.
Actually guesthouse ni memang sesuai lah untuk backpackers macam kiteorang ni.
Taraf rumah kedai je tapi still selesa untuk kiteorang bertujuh.
Ohh kiteorang ambik 2 bilik ye, toilet dia pun selesa, no problem :)
Iskandar Sinsuran ni under rangkaian Hotel Iskandar, dia ade banyak, so kena pasti bebetul yang mane yang korang nak stay.


gambar google je, tak sempat nak snap gambar bilik. 

(click sini untuk ke web guesthouse tersebut) 


And penginapan untuk ke Kundasang pulak, after banyak research dibuat, ternampak lah pasal KIRAM CABIN VILLAGE 
 Sangat comel tempat ni dalam gambar tapi risau kalau realiti tak macam dalam gambar, tapi kami redah jela book bayar deposit segala. Bila sampai je, tersangat lahhhhhh



Pemilik Kiram Cabin Village. 
Kiram tu nama husband auntie ni. 
Sangat pandai berkebun, bunga dekat keliling kawasan ni dia punya kerja lah. 



Lobi untuk registration





Kiteorang stay dekat Potato and Mushroom room. 
Comel kan nama bilik dia. 
Ade macam2 lagi jenis bilik, ikut keperluan korang. 
Korang boleh tengok dekat website dia k :)

Cantik sangat tempat ni plus sini sangat sejuk ye. 
Dekat kaki bukit je kami stay ni, 
aku sampai tahap pakai glove and stokin sebab tersangat sejuk. 
Malam kami stay sini memang kami berehat jela sambil berborak
 minum nescafe makan KFC and dengar orang main gitar. 


3rd. tourist pakej,
Memandangkan kami semua tak penah lagi jejak kaki ke Sabah, lepas banyak perbincangan berlaku and banyak buat research dekat internet and tanya kenalan yang dah pergi, kami decide untuk ambil pakej pelancongan, ia merangkumi:

  • Transport (Van) 
  • Driver
  • Tourist Guide

Sebab dia kenapa kiteorang ambik pakej ni adalah:
  • Malas nak drive
  • Risau jadi pape kat kereta sewa
  • Risau penat
  • Risau sesat even ade Waze
  • Jalan nak ke Kundasang pusing2 macam Cameron

Kiteorang dah fikir macam-macam risiko lah, so terus decide ambil pakej pelancongan ni dekat :

Nasib kiteorang baik sebabnya tauke agency ni sendiri yang bawak kiteorang jalan-jalan, dah rezeki kami dapat Uncle Liew yang sangat terbaekkkkk! Meh nak cite sikit pasal Uncle Liew ni: 

  • Sangat fatherly, kau akan rasa macam kau bercuti dengan ayah kau, dia sangat caring
  • Boleh bertolak ansur, siap bagi kami bertolak lambat sebab nak kami cukup rest. 
  • Pemurah, siap belanja kiteorang Buah Tarap 
  • Banyak bagi tips sepanjang trip kami
  • Tak bosan menjawab soalan
  • Sangat happening, teror sangat snap gambar, siap tahu pasal lighting and angle yang cantik.
  • Sangat profesional, even kami ajak dia makan sekali kami nak belanja, dia tanak, maybe nak jaga relation sebab tanak kacau kami bercuti kan. 
  • Baik hati sebab bila kami ngadu pasal tak jumpe ketam nipah dekat Todak Waterfront, dia rela bawak kami makan ketam nipah kat restoran sebab dia nak jugak kiteorang merasa ketam nipah yang fresh and murah.
  • Sangat punctual I told you. 
  • Alert dengan keadaan sekeliling, siap ambil berat pasal kiteorang if kiteorang penat, pening or muntah-muntah sepanjang trip. 




So memang aku suggest sangatlah korang ambil pakej dengan dia, bagitahu je korang nak g mane, dia akan suggest jugak yang under pakej dia, tapi still boleh tolak ansur dengan tempat yang korang nak pergi, tengok keadaan. And confirm takkan ditipu, sebabnya lepas settle segala trip baru bayar, itu janji dia, kiteorang bayar sebelum naik flight balik KL okeyy! Haha.

Total bayaran kami adalah RM850, semua termasuk:


  • 1st day: Ambil kami daripada KKIA and hantar ke guesthouse
  • 3rd day: Ke Kundasang plus dia bawak kami jenjalan sepanjang di Kundasang
  • 4th day: Dari Kundasang ke KK semula, otw dalam perjalanan memang banyak singgah ke tempat lawatan and sempat makan ketam nipah.
  • Bayaran tu jugak dah termasuk dengan penginapan Uncle Liew di Kundasang, minyak and makan minum dia segala lah. 


Yang tak termasuk: harga tiket ke each tempat yang kami masuk sepanjang di Kundasang, itu kena settle sendiri lah masa nak masuk tu. Hehe.

Ohh 2nd day memang kami tak pakai servis transport sebab dekat je nak g Jesselton Point daripada guesthouse kami, makanya 2nd day memang kami jalan kaki je ;)

RM850 tu kau bahagi lah dengan 7 orang, murah kan? Hehe


4th servis untuk ke pulau, 
Okey, tujuan utama kami ke Sabah ni memang untuk ke Pulau dia yang nun cantik tu, maka nya memang research and review and dibuat bebetul lah sebelum ke sana. One of my friend sempat survey pasal this pakej untuk ke pulau. Kate orang memang bagus. So kiteorang sampai je jeti terus straight ke kaunter:

Like seriously murah sesangat harga yang kiteorang dapat. Lepas bincang and tawar menawar segala bagai, kiteorang decide untuk ambik pakej: 
  • Private boat untuk kami 7 orang, means kau takyah tunggu orang lain untuk penuhkan boat tu, kira privacy jugaklah nak berenjoy sakan kan. 
  • Segala alatan untuk snorkeling
  • Banana Boat
  • Parasailing
  • Pulau Manukan
  • Pulau Sapi

Siap dapat harga student lagi tau sebab ade salah sorang dalam group kiteorang ni memang still student, lepas pujuk2 terus semua orang dapat harga student. Haha. 



Belakang tu boat aparu, sekali dengan banana boat yang kami naik. Hehe


5th baju,
Sebab ini adalah percutian bersama rakan sekolah, so memang saje lah nak memeriahkan suasana dengan tempah baju RUN SABAH tu. Orang kat Sabah pun pandang je kiteorang pakai baju tu. Hahaha. Sebab memang takde pun jual kat sana. So ini memang kawan kami design and tempah sendiri ye :)


Kiteorang agak teliti, so memang banyak jugak lah survey, research and review kiteorang buat before nak pergi bercuti, tak boleh main redah je, sebab semua perempuan kan, nanti timbul pulak safety issue kang.


p/s: So kali ni memang pasal preparation kiteorang lah, next post pasal pengalaman dekat each tempat yang kiteorang pergi ye. Till then, chow!

1 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum.
Hi,
Ok tak guest house Iskandar SInsuran tu?
Untuk bilik bertiga bilik air di dalam ye?
TQ

Post a Comment