Search This Blog

Trip to Sabah - Day 2

Saturday, 21 February 2015

Okey let's start for 2nd day pulak ye :)

This morning memang kiteorang bangun awal, pukul 7:30 pagi dah bfast and pukul 8 terus gerak berjalan kaki ke Jesselton Point. Seronok sangat sebab kiteorang jalan ikut jalan tepi laut, atas suggestion Uncle Liew jugak sebab takde lah bosan nanti. Hehe.

Sepanjang jalan memang ramai lah ulat-ulat yang akan menggoda korang untuk servis boat and pulau, tapi kami kuatkan hati terus ke Jesselton Point and terus meluru ke kaunter Aparu Holidays.

Selain pergi Pulau Manukan and Pulau Sapi, kiteorang decide untuk main Banana Boat and Parasailing.

Jesselton Point






Sebabkan risau cuaca tak elok, otw nak ke Pulau Manukan tu terus kami kena main Parasailing tu. Memang wishlist okeyy sebab dah lama teringin nak main tapi takde geng. Haha. Kali ni main dengan Cikon sebab dah janji dengan dia.



Berjaya jugakkkkk! Best sangat dengan pemandangan laut subhanallah indah sangat. 
Terasa lama jugak kat atas sana nasib aku okey takde pening ke mual ke. 
Ohh btw memang kiteorang naik parasailing ni from atas boat. Mencabar kan? 
Abang boat tu saje je kekadang buat kiteorang tenggelam kasi kena air laut, 
memang menjerit sakan lah! Aku dah terbayang cite Piranha dah tahu tak!!!

Aku berjaya buat semua orang main Parasailing ni, 
and memang jadi tugas aku untuk pastikan semua main games yang kami dah booked tu. Haha
Thanks korang sayang korang!


Pulau Manukan 










Aku sangat excited okey nak g pulau ni, sebab susah nak dapat. 
Tapi aku frust sikit bila sampai je Pulau Manukan. 
Kenapa kotor airnyaaaaa?????
Ikan pun susah nak jumpa..
Beria tau mintak bayaran untuk pemuliharaan pulau tapi kenapa tak jaga kebersihan pulau tu?
Sangat banyak sampah and aku dok dalam air sekejap je,
fedup ikan takde satu hal, risau badan gatal2 sebab kulit aku sensitif satu hal. 
So dengan frustnya terus aku cakap jum lah g Pulau Sapi pulak. 





Pulau Sapi


So otw ke Pulau Sapi tu memang kiteorang kena naik Banana Boat bila dah half way naik boat. 
Tak sangka okey selalunya naik from pantai, kali ni naik from tengah laut. 
Lama jugak aku rasa abang tu bawak kiteorang. 
Siap aku dah rasa gerun jugaklah sebab risau kiteorang kena jatuhkan dekat tengah laut. 
Kau bayangkan laut diantara pulau yang takde nampak pantai or daratan langsung tu???
Bergelora dia boleh tahan weyyy even tengahari. 
Kawan-kawan aku dah bising cakap tanak lah jatuh tapi dalam hati aku alaa mane syok kalau tak jatuh, tapi kalau jatuh area tengah laut ni aku pun cuak. 
Kiteorang dah siap jerit dekat abang tu cakap tanak jatuh, 
kiteorang ingatkan dia faham, penyudahnya...

Dengan takde bagi isyarat pape memang dia jatuhkan jugak kiteorang dekat tengah laut kaler hijau biru tu ya ampun nasib semua kawan aku okey. Tapi air kat situ cantik plus sangat tenang. 
So lepas bala Banana Boat, terus menuju ke Pulau Sapi. 




Dekat Pulau Sapi aku tersangat lah puas hati sebab ikan banyak and air bersih.
Memang lama jugaka ku dok dalam air tu, 
siap ade sesi bercerita pasal pengalaman cinta memasing lagi. Haha
Seronok memang seronok weyy, tapi dalam pada tu aku risau jugak aku makin teruk sunburn ni.


Dalam pukul 2 camtu kiteorang dah gerak balik sebabnya 
dah penat and cuaca pun nampak macam nak hujan. 
Balik, makan, rest, solat then keluar balik pergi 


Pasar Malam Kg Air



Pasar Malam Kg Air ni dekat tengah2 town KK so memang kiteorang berjalan jugak lah. 
Dekat sini ade banyak sangat mutiara yang boleh korang beli. 
Geram tgk plus murah sangat berbanding Pasar Filipina. 
And kat sini memang syok lah tawar menawar plus kiteorang pergi dalam group yang besar,
so memang sekali beli banyak and dapat murah pun banyak. 

Tshirt pun ade dekat sini tapi kiteorang plan nak borong Tshirt dekat Pekan Nabalu nanti ;)

Lame jugaklah kiteorang dekat Pasar Malam Kg Air ni sampai tahap perut dah lapar teruk dah. 

After that kiteorang jalan kaki pergi Todak Waterfront, syurgaaaa seafood!!!

Todak Waterfront






Rambang sangat mata tengok segala seafood ni. 
Lelagi plak aku memang suka makanan laut. 
Semua bende rasa nak try weyyyy..



Akhirnya setelah dibincang 7 orang, 
Kiteorang habis round usha lauk fresh then kiteorang decide utk makan dekat kedai abang Kpop ni. 
Lupe lah nama kedai dia maap korang :)

Kiteorang order: 

Udang Lipan
Lobster
Ketam
Sotong
Udang Rimau
Rumpai laut yang meletup dalam mulut tu

Semua ni plus dengan air,
RM250 ke murah daripada tu..
Aku ingat-ingat lupe..
Kiteorang rasa okey je dengan harga tu sebab makan puas hati plus masakan dia sedap :)

Actually aku perasan dekat KK ni ade banyak jugak port untuk makan seafood, tapi kami dah dapat warning yang jangan makan seafood dekat Pasar Filipina, risau keracunan. 
Thats why kami makan kat Todak Waterfront je senang :)

p/s: Aku penggemar ketam nipah tapi time ni aku tak nampak satu pun ketam nipah so kami order jugak ketam bunga demi untuk menyedapkan hati. 


Selesai untuk hari kedua ye...
Nanti ke post yang ketiga pulak :)



4 comments:

SiblingShawlSite said...

Salam adik..dpt x comment sis yg sblm ni?tetibe ilang la pulak..

Akey Suhaimi said...

Owh tak dapat la sis SiblingShawlSite

Nurafyza said...

Opss teguna account google lain lak..sis nurafyza aka siblingshawlsite ye akey.. 😄🙊

Nurafyza said...

Opss teguna account google lain lak..sis nurafyza aka siblingshawlsite ye akey.. 😄🙊

Post a Comment